Wednesday 4 September 2013

BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013




KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Aras 3. No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai hebahan berkaitan.

BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013
(www.sedekahonline.org<http://www.sedekahonline.org/> atau Facebook Sedekah Online)

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan terdapat satu laman web dan laman Facebook yang mendakwa menyediakan Bantuan Dana Pendidikan yang diberi nama BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013.

Laman web tersebut adalah:

http://www.sedekahonline.org/ dan https://www.facebook.com/sedekahonline.org

Sehubungan itu, Kementerian ingin memaklumkan bahawa bantuan tersebut BUKAN satu program tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dan ibu bapa adalah dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan bantuan yang ditawarkan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Purajaya

SUMBER: MyPsmza Portal , Mohe

Diedit Oleh: amar cz