Saturday 19 January 2013

Welcome Message from the Dean





In the name of Allah the Most Merciful and Most Gracious

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

May I welcome you most warmly to the Faculty of Syariah and Law website.

The Faculty, despite its young age, has matured in various fields. Facilities such as the well-equipped moot court, teaching aids, online support and the continuously expanding library, certainly offer students a rewarding university experience. As education expands globally, the Faculty's strategy is to be one of the leading centres of excellence in the region. Its uniqueness truly lies in the academic programmes offered which are designed to promote an integrated study of Syariah and law. Our undergraduate degrees, namely the Bachelor of Syariah and Law (Hons) and


Bachelor of Fiqh and Fatwa (Hons) are the first of its kind offered in Malaysia. The former is a professional and double major programme designed to develop skills of analysis, research, writing and advocacy in an effort to produce graduates who are competent and knowledgeable in both the theoretical and practical aspects of Syariah and Law. It is hoped that the students will be able to competently respond to contemporary legal issues and work in the increasingly globalised and challenging environment of legal services. The latter programme on the other hand, prospectively aims to produce graduates who are able to comprehend and apply fiqh and fatwa in the modern context and current needs for syariah consultancy.

It has always been the ultimate aspiration of the faculty to engage with great scholars in the legal and Syariah fraternity. We have been working closely with various governmental agencies, regulatory authorities, civil groups and international organisations through seminars, conferences, conventions and lectures hosted at both local and international levels. We are committed to constantly strive for the betterment of the faculty in order to become one of the leading law and Syariah schools in the future.

I hope you enjoy browsing through our website. However, if you need further information, please do not hesitate to contact our Faculty. If you are considering applying to study at this Faculty, I hope that I will have the opportunity in the near future to welcome you personally to the Faculty of Syariah and Law.



Thank you.

Yours sincerely,

Dr Yasmin Hanani Mohd Safian

Dean

Faculty of Syariah and Law
Universiti Sains Islam Malaysia

Di edit oleh amar cz

TAZSERT


                                                                 Video
                                                          
                                                   KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

TAZSERT adalah singkatan kepada "Tazkirah dan Konsert", satu konsep baru yang cuba diperkenalkan oleh UF. Kali pertama diperkenalkan ialah semasa Mahrajan Sambutan 12 tahun FSU (MANSAF 12) pada 11 Disember 2012 di USIM. Program malam tu ialah Bicara Santai bersama Us. Haslin Baharin dan Ustzh Nabilah Yusuf, disamping UsuliFiqh sebagai moderator.

Konsep TAZSERT ialah berforum atau bertazkirah, kemudian diselangi dengan persembahan nyanyian lagu/nasyid. Pada malam tu UsuliFiqh sendiri yang menyanyi dengan menyampaikan 3 buah lagu dan 1 alunan zikir penutup. Alhamdulillah sambutan pada malam tu amat menggalakkan dengan dewan dipenuhi para pelajar.

TAZSERT telah berjaya mendapat "undangan", bila Masjid Putra, Putrajaya menjemput UF untuk mempersembahkan konsep ini pada malam ambang tahun baru 2013. Pada malam tu panelisnya ialah Ustzh Nabilah Yusuf dan Ustzh Nik Salida Suhaila Nik Salleh. UsuliFiqh juga sebagai moderator dan pada malam tu UsuliFiqh menjemput kumpulan Intracksee dan kumpulan Zayyan untuk membuat persembahan. 

Ada satu persembahan khas oleh UsuliFiqh pada malam tu iaitu satu lagu zikir baru ciptaan UF sendiri yang pertama kali didendangkan kepada umum. Video di atas ialah lagu tersebut (maaf audio dan vidoe kurang memuaskan sebab rakam menggunakan ipad salah seorang pelajar UsuliFqh... kredit to Ainul Kauthar dan kredit juga kepada kumpulan Intracksee dan kumpulan Zayyan yang menjadi backup harmoni untuk lagu ini... sempat practice sekali ja sebelum persembahan tu).

Kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan TAZSERT di tempat mereka, boleh menghubungi UsuliFiqh. Harap konsep baru ni menjadi alternatif dakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia... Amin!

2 Februari 2013, TAZSERT akan ke surau al-Hijrah, Kota Warisan pula sempena Karnival Cintai Rasulullah yang membariskan panelis Us. Halim Din dan Ustzh Nabilah Yusuf.

By: amar cz

Sumber: UsuliFiqh

Di edit oleh amar cz

Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Jemputan Nusantara 2013


Bermula; 6 APRIL, 2013, SABTU - 8.00

Akhir: 10 APRIL, 2013, RABU

Ihtifal IPT Asean 2013



Masa: Thursday, 31 January, 2013 - 8.00AM


KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Permohonan Menjalani Latihan Industri atau Latihan Sabatikal di USIM



PERMOHONAN MENJALANI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DI USIM
Perhatian kepada pelajar Institut / IPT selain USIM yang berminat untuk menjalani latihan industri di USIM.  Anda diminta untuk muat turun borang dan faks semula ke Bahagian Modal Insan di +606-798 3843 untuk tindakan kami selanjutnya.  Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi kami di talian +606-798 8018.
Muat turun borang : Klik di sini
PERHATIAN:
Setiap permohonan perlulah menggunakan borang yang terdapat pada laman web ini beserta resume terkini pemohon dan surat Permohonan Menjalani Latihan Industri dari Kolej/Universiti.

APPLICATION TO UNDERGO AN INDUSTRIAL TRAINING PROGRAM IN USIM
Attention to Institutes / IPT students other than USIM who are interested to undergo an industrial training in USIM. You are requested to download the form and fax the completed form to the Human Resource Division at +606-798 3843 for our further action. If you have any enquiry about this program, please do not hesitate to contact us at +606-798 8018.

To download the form : please click here
PERMOHONAN MENJALANI PROGRAM SABATIKAL DI USIM
Perhatian kepada individu yang berminat untuk menjalani Program Sabatikal di USIM.  Anda diminta untuk muat turun borang dan faks semula ke Bahagian Modal Insan di +606-798 3843 untuk tindakan kami selanjutnya.  Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi kami di talian +606-798 8018.
Muat turun borang : Klik di sini

APPLICATION TO UNDERGO A SABBATICAL LEAVE PROGRAM IN USIM

Attention to individuals who wish to undergo a Sabbatical Leave Program in USIM. You are requested to download the form and fax the completed form to the Human Resource Division at +606-798 3843 for our further action. If you have any enquiry about this program, please do not hesitate to contact us at +606-798 8018.
To download the form : please click here

PERINGATAN : PEMBAYARAN HUTANG TERTUNGGAK YURAN PENGAJIAN


Tuan/Puan,

Sila jelaskan hutang anda sebelum pendaftaran kursus akan datang. Kegagalan berbuat demikian akan menghalang pendaftaran anda ke semester berikut.

Jumlah baki hutang boleh disemak melalui Portal eWadi . Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 06-7988036/8247/8213/8004 (waktu pejabat sahaja).

Sekian, Wassalam.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia

Profesor Dr. Asma Ismail NaIb Canselor USIM



KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Profesor Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru.
Pelantikan Asma, 54, menggantikan Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 November 2012.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.
"Pemilihan Asma berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) disamping kepakaran beliau dalam bidang sains dan inovasi," katanya.
Asma yang dilahirkan pada 15 Jun 1958 dan berasal dari Jitra, Kedah merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut di USM.
Sebagai seorang saintis, beliau telah diberi pengiktirafan sebagai Fellow oleh Academy of Sciences For The Developing World pada 2010.
Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhamad yang menerajui USIM sejak Disember 2009.
Sumber: Utusan Malaysia

Yayasan Tun Ismail Terokai Kewangan Islam Bersama USIM






NILAI – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Yayasan Tun Ismail (YTI) yang ditubuhkan pada Oktober 1999 melihat USIM sebagai satu salah rakan strategik institusi pengajian tinggi yang berpotensi untuk bersama-sama menerokai bidang kewangan Islam secara lebih meluas. Kerjasama awal kedua-dua pihak telah dijalinkan melalui perjanjian MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak bagi penubuhan Kursi Profesional di Universiti ini sebelum ini.

Perkembangan terkini kepada kerjasama yang telah terjalin ini adalah melalui Majlis Penyerahan Cek oleh Yayasan Tun Ismail yang diwakili oleh Encik Aziz Anuar, Naib Presiden I, Bahagian Pembangunan Pendidikan & Komunikasi Korporat PNB kepada YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam satu majlis ringkas di Canselori baru-baru ini. 

Cek berjumlah RM 150,000.00 merupakan sebahagian daripada keseluruhan dana RM 300, 000.00 yang diterima USIM bagi Kursi Profesional yang diwujudkan. Dana ini akan memfokuskan kepada penganjuran beberapa siri syarahan umum yang akan disampaikan oleh tokoh akademik yang menyentuh topik dan isu-isu Kewangan Islam diperingkat tempatan dan global.

Naib Canselor menekankan “USIM sebagai intitusi pendidikan yang membawa pendekatan Islam dalam setiap program pengajianya termasuk Sains melihat bidang Kewangan Islam adalah antara bidang tujahan penting yang akan dipelopori USIM. Kerjasama dan kepercayaan yang ditawarkan oleh Yayasan Tun Ismail dan PNB secara tidak langsung akan memperkenalkan USIM secara lebih meluas kepada pemain industri Kewangan Islam.”

Sehubungan itu, peluang ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin bagi memastikan para pelajar, pensyarah, Universiti dan masyarakat turut mendapat faedahnya. Ia juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada transformasi Kewangan Islam dengan menjadikan pasaran Malaysia sebagai titik mulanya.

Bagi pihak Yayasan Tun Ismail sendiri, melihat kerjasama yang dijalinkan ini juga akan membuka kepada kerjasama-kerjasama lain yang akan dilaksanakan bersama USIM pada masa akan datang.

Universiti secara dasarnya tiada halangan untuk mewujudkan peluang melanjutkan pengajian kepada pelajar Kolej Ilmu PNB untuk ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang-bidang tertentu seperti Perakaunan, Perniagaan dan Undang-undang di USIM. 

Naib Canselor melahirkan hasrat USIM bersedia menganjurkan kem khusus selama 3 bulan kepada para pelajar Kolej Ilmu PNB selepas mereka menduduki SPM bagi memberi pendedahan awal kepada dunia kehidupan kampus dan pengajian tinggi. “Selain itu, para pelajar yang layak dan menepati syarat kemasukan pula akan ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat Matrikulasi di Pusat Tamhidi USIM dalam aliran yang mereka minati ” tambahnya lagi.