Thursday 23 February 2012

Tanpa Kita Sedar

"Nasib baiklah ade si fulan, kalo tidak, mesti aku dah kebulur tak makan!"
"Nasib baik kau ade, kalo tak mati aku kena marah dgn cikgu!"
"Nasib baik aku datang jumpa kau kat sini, kalau tak??"
"Nasib baik polis cepat2 datang, kalau tidak dah teruk budak tu kena belasah!!"

Ungkapan2 di atas, atau yang sama waktu dengannya... sering kita ungkap tanpa kita sedar. Tapi, sedar x sedar.. sebenarnyer ungkapan ‘nasib baik’ itu telah menarik kita secara halus ke arah "SYIRIK KECIL".. jika difikir-fikir, direnung kembali perkataan 'nasib baik' itu tadi, secara tidak langsung kita menganggap individu atau kelompok tersebut yang mempunyai kuasa menyelamatkan kita.. TAPI!! Bila kita fikir kembali, siapa sebenarnyer yang menjadi penggerak??? Apakah yang mendorong mereka membantu atau menyelamatkan kita atau mereka yang lain dari kejadian tidak diingini?? Dialah yang menciptakan alam, Dialah yg menjadikan manusia dari sehina-hina air mani, Dialah yang menentukan ganjaran Syurga mahupun balasan Neraka bagi hamba2Nya, Dialah yg Maha Berkuasa..... ALLAH SWT..... Baiklah, ana berbesar hati mengajak antum berfikir sejenak.. tidak lama, hanya 5 minit sahaja.. Pada pemikiran antum, siapa yang berkuasa memegang hati2 hambanya? Samaada  makhluk yg berakal ataupun tidak.. Siapa yg lebih mengetahui hati hamba2Nya? jawapannya masih sama.. ALLAH SWT... Sebenarnya, Allah jualah yg telah menggerakkan hati2 mereka ini tadi untuk membantu atau bertindak melakukan sesuatu.. Sekiranya Allah tidak melakukan demikian, adakah mereka ini akan bertindak?? sudah tetntu TIDAK.... kerana berbalik pada pernyataan tadi, hanya Allah yg memegang hati hamba2nya... Allah telah menggerakkan hati si fulan untuk memberikan makanan kpd si fulan yg lain.. Allah telah menggerakkan hati si anggota polis untuk meleraikan pergaduhan yg boleh membawa maut.. Sipa yg mengerakkan mereka? Sepertimana robot2 buatan manusia memerlukan kawalan, begitu juga dgn manusia dan makhluk2 lain... Alangkah indah, lagi molek, jika perkataan 'nasib baik' itu digantikan dgn perkataan 'ALHAMDULILLAH..' Kenapa??? hmm.. jawapan yg paling tepat adalah... kerana Allahlah yg memegang hati hamba2Nya, yg mengerakkan hamba2Nya, dan  masih menyayangi hamba2Nya.. setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya... PASTI!! jauhilah dari terjebak ke kancah syirik, HATTA syirik KECIL!! Jadi sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 menukar kelaziman atau tabiat kita yg sering menyebut 'nasib baik' kpd kalimah 'ALHAMDULILLAH'... kalimah yg pendek, senang disebut, dan paling penting dan SYOK sekali, sambil menyelam minum air! Senang nak menyebut, pahala zikir pon..... dapat!!!! IYE DOK???

"ALHAMDULILLAH ade si fulan, kalo tidak, mesti aku dah kebulur tak makan!"
"ALHAMDULILLAH kau tolong, kalo tak mati aku kena marah dgn cikgu!"
"ALHAMDULILLAH ALLAH gerakkan hati aku datang jumpa kau kat sini, kalau
tak??"
"ALHAMDULILLAH polis cepat2 datang, kalau tidak dah teruk budak tu kena
belasah!!"

Senangkan?? takper2, kita cuba.. kita cuba.... beristiqamahlah.....

Segala yang baik, itu, datangnya dari Allah SWT.. Yang buruk itu, datangnya juga dari Allah, tapi disandarkan pada diri ana yang hanya hamba kerdil... Kita sama sama saling memperingatkan...
Wallahu A’lam n_n

Nukilan :

~ NURLIYANA BINTI MOHAMED RADZI ~

Saturday 18 February 2012

ORGANISASI MAHASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN FIQH DAN FATWA SESI 2010/2011



PENGERUSI :

AHMAD NUR ADIB BIN MOHD ARSAD

TIMBALAN PENGERUSI 1 :

TENGKU SYAHMI ABIDI BIN TENGKU SAMSUL ALANG

TIMBALAN PENGERUSI 2 :

NORAMALINA BINTI ABD TALIB

SETIAUSAHA :

NABILAH BINTI AZIZAN

BENDAHARI :

MUHAMMAD BUESA

TIMBALAN BENDAHARI :

NURUL AKMAL BINTI ZABRI

BIRO AKTIVITI :

AMAL BIN ABDUL AZIZ

RABIATUL ADAWIYAH BINTI MUHAMMAD IDRIS
(Merangka dan mencadangkan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang semester bagi menjana keperluan  mahasiswa)



BIRO TAJAAN :

AMMAR BIN ROTHMAN

KHAIRUNNISA BINTI KHAIRUDIN
(mengumpul dan mengeluarkan dana bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti sekaligus memastikan kelancaran program)

BIRO KEBAJIKAN :

MOHAMAD FARIS BIN OSMAN

FAIZAH BINTI ZAINUDIN
(menjaga kebajikan setiap mahasiswa SMFF generasi ke-6 secara fizikal dan rohani)

BIRO PENGURUSAN TEKNIKAL DAN PUBLISITI :

MOHAMMAD HAFIZI BIN YUSOF

NURLIYANA BINTI MOHAMED RADZI
(menyediakan segala keperluan publisiti bagi tujuan mempromosikan sesuatu aktiviti di samping memastikan segala keperluan dari segi teknikal untuk melancarkan sesuatu aktiviti)

BIRO AKADEMIK :

MAJDI BIN MUSA

NURDIYANA BINTI LASIM
(memastikan segala keperluan akademik mahasiswa SMFF generasi ke-6)

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS :

AMZAR ZAHIER BIN ZAINY

NURDIYANA BINTI MADSUM

NURHIDAYAH BINTI DAMIRON
(meliputi semua tugas dan membantu tugas-tugas biro-biro lain)
  
OBJEKTIF

Untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa generasi ke-6

VISI

·         Sebagai pelaksana aspirasi dan wadah segala aktiviti mahasiswa USIM dengan bercirikan keislaman.
·         Menjadikan SMFF generasi ke-6 2010/2011 sebagai sebuah organisasi pelajar yang tunggal dan efektif.
·         Mempertingkatkan program-program serta memperkukuhkan pelaksanaan proses pembelajaran.

     MISI

·         Mewujudkan organisasi yang efektif melalui system pengurusan yang berkualiti bagi menepati keperluan mahasiswa.