Wednesday 4 September 2013

BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013




KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Aras 3. No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai hebahan berkaitan.

BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013
(www.sedekahonline.org<http://www.sedekahonline.org/> atau Facebook Sedekah Online)

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan terdapat satu laman web dan laman Facebook yang mendakwa menyediakan Bantuan Dana Pendidikan yang diberi nama BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013.

Laman web tersebut adalah:

http://www.sedekahonline.org/ dan https://www.facebook.com/sedekahonline.org

Sehubungan itu, Kementerian ingin memaklumkan bahawa bantuan tersebut BUKAN satu program tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dan ibu bapa adalah dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan bantuan yang ditawarkan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Purajaya

SUMBER: MyPsmza Portal , Mohe

Diedit Oleh: amar cz

Thursday 29 August 2013

Permohonan Tempat Latihan Industri (PRAKTIKAL SEMESTER 8)




PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI I , 2013/2014 AKAN DIBUKA PADA 9 SEPTEMBER 2013

Assalamualaikum W.B.T Kepada Semua Pelajar FSU Tahun 4, Anda Semua Diwajibkan Untuk Memohon Latihan Industri Ataupun Istilah Lain nya Praktikal Pada Semester 8 Nanti. Anda Perlu Menentukan Tempat Anda Memohon Latihan Industri Berdasarakan Senarai Yang Akan Diberi Nanti Ataupun Tempat Pilihan Anda Sendiri. Anda Perlu Memaklumkan Kepada Pejabat FSU Untuk Tempat Latihan Industri Pilihan Anda Sendiri.

Di Bawah Adalah Link Laman Web Latihan Industri


Selamat Berjaya

Diedit oleh: amar cz

Salam Lebaran Dari Warga FSU




KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Diedit oleh: amar cz

Monday 26 August 2013

Selamat Kembali Ke Universiti Sains Islam Malaysia (TAHUN 4)




Assalamualaikum kepada para mahasiswa/wi Sarjana Muda Fiqh & Fatwa 2010/2011.. cuti semester bakal melabuhkan tirai,dengan berbaki kurang 3minggu semester baru bakal menyusul tiba..dengan ini kami daripada barisan Pimpinan SMFF ingin mengucapkan 'Ucapan Selamat Kembali' kepada anda semua...semoga kita lebih bersedia untuk semester yang bakal menjelma...semoga kita lebih matang dalam memahami ilmu...serap selagi mampu,kurangkan kontroversi,lebihkan fokus kepada komitmen kita sebagai siswa/wi.. 

Oleh: Hisan Bin Abdul Halim

Diedit oleh amar cz

Saturday 19 January 2013

Welcome Message from the Dean





In the name of Allah the Most Merciful and Most Gracious

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

May I welcome you most warmly to the Faculty of Syariah and Law website.

The Faculty, despite its young age, has matured in various fields. Facilities such as the well-equipped moot court, teaching aids, online support and the continuously expanding library, certainly offer students a rewarding university experience. As education expands globally, the Faculty's strategy is to be one of the leading centres of excellence in the region. Its uniqueness truly lies in the academic programmes offered which are designed to promote an integrated study of Syariah and law. Our undergraduate degrees, namely the Bachelor of Syariah and Law (Hons) and


Bachelor of Fiqh and Fatwa (Hons) are the first of its kind offered in Malaysia. The former is a professional and double major programme designed to develop skills of analysis, research, writing and advocacy in an effort to produce graduates who are competent and knowledgeable in both the theoretical and practical aspects of Syariah and Law. It is hoped that the students will be able to competently respond to contemporary legal issues and work in the increasingly globalised and challenging environment of legal services. The latter programme on the other hand, prospectively aims to produce graduates who are able to comprehend and apply fiqh and fatwa in the modern context and current needs for syariah consultancy.

It has always been the ultimate aspiration of the faculty to engage with great scholars in the legal and Syariah fraternity. We have been working closely with various governmental agencies, regulatory authorities, civil groups and international organisations through seminars, conferences, conventions and lectures hosted at both local and international levels. We are committed to constantly strive for the betterment of the faculty in order to become one of the leading law and Syariah schools in the future.

I hope you enjoy browsing through our website. However, if you need further information, please do not hesitate to contact our Faculty. If you are considering applying to study at this Faculty, I hope that I will have the opportunity in the near future to welcome you personally to the Faculty of Syariah and Law.



Thank you.

Yours sincerely,

Dr Yasmin Hanani Mohd Safian

Dean

Faculty of Syariah and Law
Universiti Sains Islam Malaysia

Di edit oleh amar cz

TAZSERT


                                                                 Video
                                                          
                                                   KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

TAZSERT adalah singkatan kepada "Tazkirah dan Konsert", satu konsep baru yang cuba diperkenalkan oleh UF. Kali pertama diperkenalkan ialah semasa Mahrajan Sambutan 12 tahun FSU (MANSAF 12) pada 11 Disember 2012 di USIM. Program malam tu ialah Bicara Santai bersama Us. Haslin Baharin dan Ustzh Nabilah Yusuf, disamping UsuliFiqh sebagai moderator.

Konsep TAZSERT ialah berforum atau bertazkirah, kemudian diselangi dengan persembahan nyanyian lagu/nasyid. Pada malam tu UsuliFiqh sendiri yang menyanyi dengan menyampaikan 3 buah lagu dan 1 alunan zikir penutup. Alhamdulillah sambutan pada malam tu amat menggalakkan dengan dewan dipenuhi para pelajar.

TAZSERT telah berjaya mendapat "undangan", bila Masjid Putra, Putrajaya menjemput UF untuk mempersembahkan konsep ini pada malam ambang tahun baru 2013. Pada malam tu panelisnya ialah Ustzh Nabilah Yusuf dan Ustzh Nik Salida Suhaila Nik Salleh. UsuliFiqh juga sebagai moderator dan pada malam tu UsuliFiqh menjemput kumpulan Intracksee dan kumpulan Zayyan untuk membuat persembahan. 

Ada satu persembahan khas oleh UsuliFiqh pada malam tu iaitu satu lagu zikir baru ciptaan UF sendiri yang pertama kali didendangkan kepada umum. Video di atas ialah lagu tersebut (maaf audio dan vidoe kurang memuaskan sebab rakam menggunakan ipad salah seorang pelajar UsuliFqh... kredit to Ainul Kauthar dan kredit juga kepada kumpulan Intracksee dan kumpulan Zayyan yang menjadi backup harmoni untuk lagu ini... sempat practice sekali ja sebelum persembahan tu).

Kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan TAZSERT di tempat mereka, boleh menghubungi UsuliFiqh. Harap konsep baru ni menjadi alternatif dakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia... Amin!

2 Februari 2013, TAZSERT akan ke surau al-Hijrah, Kota Warisan pula sempena Karnival Cintai Rasulullah yang membariskan panelis Us. Halim Din dan Ustzh Nabilah Yusuf.

By: amar cz

Sumber: UsuliFiqh

Di edit oleh amar cz

Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Jemputan Nusantara 2013


Bermula; 6 APRIL, 2013, SABTU - 8.00

Akhir: 10 APRIL, 2013, RABU