Thursday 16 August 2012

Mari Mengenal Blog Sahabat Kita (namakueis)



Link Blogspot : namakueis


Tanggal 25 Disember 1991 lahirlah seorang bayi comel yang diberi nama Hisan bin Abdul Halim. Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik. Beliau membesar di dalam sebuah keluarga yang bahagia tanpa aral yang cuba melintang. Abangnya telah berjaya mengharungi lautan kehidupan kini sudah di alam perkahwinan. Hisan juga berusaha kecapi kejayaan seperti abangnya untuk berada di institusi pengajian tinggi. Hisan meneruskan lagi usaha untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah beliau dengan mencipta suatu blog yang diberi nama “namakueis”. 


Penulisan beliau tentang biodata



Tujuan blog ini dicipta adalah secara rawak adalah kemungkinan untuk menghilangkan perasaan stress dan bosan oleh fitrah pembaca. kebanyakan penulisannya mengisahkan tentang kehidupan seharian diselit kematangan yang cuba diapikan-apikan. Tips-tips sampingan juga disertakan supaya tidaklah menjadi formal di dalam gaya penulisan beliau. Akan tetapi dengan berbekalkan semangat yang cekal, beliau cuba pandang ke hadapan lantas mengembleng tenaga untuk menyampaikan dakwah dengan gaya bebas kebelakangan ini.


Beliau meletakkan skop fitrah kemanusian di dalam dakwahannya, mengaitkan di antara fitrah manusia dan pengabdian kepada ilahi dan kemudian menjurus kepada muhasabah diri. Semoga beliau cekal meneruskan penulisan di samping berdiri di arena likuan ini dan diberkati oleh Allah swt.


Di edit oleh amar cz (Jikalau ada kesalahan, saya memohon maaf zahir dan batin) Selamat Hari Raya






No comments:

Post a Comment