Monday 13 August 2012

Mari Mengenal Blog Sahabat Kita (Penyebar Fikrah)


                                             
                            Link Blogspot : Penyebar Fikrah


Spiritual Falsafah menjadi warna pilihan blog Penyebar Fikrah ini. Blogspot ini ditubuhkan pada bulan Mei 2011 yang lalu. Penyampaiannya adalah berbentuk formaliti dan fikrah pelajar muda untuk masa kini. Tuan empunya Penyebar Fikrah ini dikenal dengan gelaran Sayap Pejuang adalah kemungkinan menandakan Semangat Perjuangan beliau kukuh di atas landasan dan selaras dengan penyampaiannya.


Pengisiannya berunsurkan nasihat dan teguran kepada orang ramai di luar sana. Beliau cuba mendidik hati manusia yang alpa kini mengenal ilahi (Allah). Tanpa berasa jemu beliau meneruskan perjuangan dengan mengaitkan dua perkara yang tidak dapat diasingkan dari hidup iaitu kehidupan dan agama. Penceritaan Penyebar Fikrah mengaitkan dengan kehidupan Sayap Pejuang dan mengolah cerita dengan didikan agama. Kata-kata Imam Muda Hilal Asyraf menjadi tunggak Penyebar Fikrah merangkumi setiap olahan beliau di dakwahnya ini " Bila kata cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya, apa-apa sahaja yang membawa ke neraka, itu bukan namanya cinta. ".


Diharap Perjuangan Beliau Dapat Diteruskan Tanpa Rasa Penat Dan Lelah. Semoga Allah Merahmati Segala Usaha Beliau Untuk Menyampaikan Dakwah Ini. Wallahu a'lam

Di edit oleh amar cz (Jikalau ada kesalahan, saya memohon maaf zahir dan batin) Selamat Hari Raya

No comments:

Post a Comment