Saturday, 19 January 2013

Profesor Dr. Asma Ismail NaIb Canselor USIM



KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Profesor Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru.
Pelantikan Asma, 54, menggantikan Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 November 2012.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.
"Pemilihan Asma berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) disamping kepakaran beliau dalam bidang sains dan inovasi," katanya.
Asma yang dilahirkan pada 15 Jun 1958 dan berasal dari Jitra, Kedah merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut di USM.
Sebagai seorang saintis, beliau telah diberi pengiktirafan sebagai Fellow oleh Academy of Sciences For The Developing World pada 2010.
Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhamad yang menerajui USIM sejak Disember 2009.
Sumber: Utusan Malaysia

Yayasan Tun Ismail Terokai Kewangan Islam Bersama USIM






NILAI – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Yayasan Tun Ismail (YTI) yang ditubuhkan pada Oktober 1999 melihat USIM sebagai satu salah rakan strategik institusi pengajian tinggi yang berpotensi untuk bersama-sama menerokai bidang kewangan Islam secara lebih meluas. Kerjasama awal kedua-dua pihak telah dijalinkan melalui perjanjian MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak bagi penubuhan Kursi Profesional di Universiti ini sebelum ini.

Perkembangan terkini kepada kerjasama yang telah terjalin ini adalah melalui Majlis Penyerahan Cek oleh Yayasan Tun Ismail yang diwakili oleh Encik Aziz Anuar, Naib Presiden I, Bahagian Pembangunan Pendidikan & Komunikasi Korporat PNB kepada YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam satu majlis ringkas di Canselori baru-baru ini. 

Cek berjumlah RM 150,000.00 merupakan sebahagian daripada keseluruhan dana RM 300, 000.00 yang diterima USIM bagi Kursi Profesional yang diwujudkan. Dana ini akan memfokuskan kepada penganjuran beberapa siri syarahan umum yang akan disampaikan oleh tokoh akademik yang menyentuh topik dan isu-isu Kewangan Islam diperingkat tempatan dan global.

Naib Canselor menekankan “USIM sebagai intitusi pendidikan yang membawa pendekatan Islam dalam setiap program pengajianya termasuk Sains melihat bidang Kewangan Islam adalah antara bidang tujahan penting yang akan dipelopori USIM. Kerjasama dan kepercayaan yang ditawarkan oleh Yayasan Tun Ismail dan PNB secara tidak langsung akan memperkenalkan USIM secara lebih meluas kepada pemain industri Kewangan Islam.”

Sehubungan itu, peluang ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin bagi memastikan para pelajar, pensyarah, Universiti dan masyarakat turut mendapat faedahnya. Ia juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada transformasi Kewangan Islam dengan menjadikan pasaran Malaysia sebagai titik mulanya.

Bagi pihak Yayasan Tun Ismail sendiri, melihat kerjasama yang dijalinkan ini juga akan membuka kepada kerjasama-kerjasama lain yang akan dilaksanakan bersama USIM pada masa akan datang.

Universiti secara dasarnya tiada halangan untuk mewujudkan peluang melanjutkan pengajian kepada pelajar Kolej Ilmu PNB untuk ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang-bidang tertentu seperti Perakaunan, Perniagaan dan Undang-undang di USIM. 

Naib Canselor melahirkan hasrat USIM bersedia menganjurkan kem khusus selama 3 bulan kepada para pelajar Kolej Ilmu PNB selepas mereka menduduki SPM bagi memberi pendedahan awal kepada dunia kehidupan kampus dan pengajian tinggi. “Selain itu, para pelajar yang layak dan menepati syarat kemasukan pula akan ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat Matrikulasi di Pusat Tamhidi USIM dalam aliran yang mereka minati ” tambahnya lagi.

Sunday, 30 December 2012

Selamat Menjawab Peperiksaan Semester 5





                           JADUAL PEPERIKSAAN

                                       Klik Sini

Thursday, 27 September 2012

Promosi Pembayaran Yuran Pengajian di ATM Bank Islam, Pusat Komersial (27/09/2012)






Hebahan kepada pelajar USIM, Jabatan Bendahari mengadakan promosi pembayaran yuran pengajian di ATM Bank Islam, Pusat Komersial pada hari Selasa ini (2 Okt. 2012) , bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. 30 pelajar yang terawal akan mendapat cenderahati dari kami. Marilah beramai - ramai memeriahkan Bank Islam di Pusat Komersial. sekian, untuk makluman. 



Sunday, 23 September 2012

Mari Mengenal Blog Sahabat Kita (Official Pokwa)




Link Blogspot : Official Pokwa


Official Pokwa Blogsite kini panas diperkatakan antara kalangan pelajar IPT. Gaya penyampaian yang bebas menjadi rebutan ramai pembaca blogger dan ahli pemikir kelas 1.Blog ini ditubuhkan pada Februari 2009 dan diperbaharui fungsi laman blog pada tahun 2011. Blog ini telah dijanakuasakan oleh dua orang penulis azuwa dan anak melayu yang berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan psikologi. Mereka berdua menulis berdasarkan persekitaran dan logikal manusia. Penceritaannya amat menarik minat bagi sesiapa yang membacanya, bak pepatah kata lain ( belum kenal belum tahu bisanya ). 


Pengisiannya penuh dengan tips-tips kehidupan, isu keagamaan, bahasa inggeris, jurusan perkomputeran, undang-undang, dan banyak lagi penceritaan berunsurkan pedoman dan pembelajaran. Penulis cuba menyampaikan mesej kepada masarakat melayu di luar sana sedar dari angan-angan kosong supaya tidak terjebak dengan fikiran jumud ataupun adat melayu itu sendiri. Saya sebagai penulis blog ini amat menggalakkan pelajar IPT membaca blog beliau kerana ia amat menarik dan selari dengan pemikiran pemuda-pemudi sekarang.


Penulis juga memasukkan isu-isu baru di Malaysia dan menyelesaikan permasalahan dengan pemikiran kritis. Saya amat yakin bahawasanya beliau sudah mendalami permasalahan tersebut sebelum menulis di lamannya kerana pelbagai tohmahan dan kritik akan datang jikalau beliau tidak memahami perkara sebenar yang berlaku. Beliau sudah bersedia dengan kekuatan mental unttk menghadapi segala hujahan dari anonymous di luar sana.



Saya minta maaf tidak dapat mengolah blog Official Pokwa secara terperinci kerana pelbagai penceritaan yang amat menarik sehinggakan penulisan saya jauh ke sudut. Kesimpulannya, penyampaian beliau bertepatan dengan fikiran remaja sekarang diselit dengan unsur keagamaan yang tidak lepa dari quran dan sunnah.


Saya mengharapkan penulisan beliau tidak akan terhenti di pertengahan jalan kerana masih banyak lagi isu yang perlu dikupas dan ditilik dengan sebaik-baiknya. Usaha beliau untuk membuka ruang baru untuk masyarakat melayu mesti diteruskan. Minda akan berevolusi jikalau bertunjangkan fikiran resolusi. 
Wallahu a'lam

Di edit oleh amar cz ( Jikalau ada kesalahan, saya memohon maaf dari si empunya blogsite )

Senarai Kedai Yang Menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)



Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .
Kedai Buku
  1. MPH Bookstores
  2. Imlaq Book Centre
  3. Borders (hanya di KL)
  4. Rona
  5. Kiang Trading
  6. Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
  7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8. Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.
Pakaian
  1. Bata
  2. Ifamily
  3. Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  4. Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)
• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)
• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)
• 30% (Kain pasang cotton/fuji)
• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)
• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)
• 20% (Corak bunga abor)
Kesihatan
  1. Poliklinik An-Nisa’
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry
Makanan dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend’s Claypot Briyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Product
  13. Gloria Jean’s Coffees
  14. Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter
Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja
Salun / Pusat /Produk Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja
2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain
3. Tidak sah semasa event/ roadshow
4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%
• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%
• Semua single item – diskaun 5%
Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
  1. Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
  2. KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
  3. Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi
Lain-lain
  1. Bkz Bikerz
  2. Roller Star Arena
  3. Double Site
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
  1. Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
  2. Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
  3. Percuma caj upah pekerja bagi safety checking
Senarai syarikat dan produk adalah seperti pada hari entri ini dikeluarkan, mungkin ada penambahan atau sebaliknya.  Senarai ini saya ambil  dari laman web www.1pengguna.com

Thursday, 13 September 2012

NOTIS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USIM 2012


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia 2012 Dengan ini diberi notis kepada semua pelajar supaya membuat semakan daftar pemilih bagi tujuan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012, Universiti Sains Islam Malaysia seperti yang dilampirkan. Semakan daftar pemilih boleh dibuat mulai 12 September 2012 hingga 13 September 2012 jam 2.00 petang. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang senarai daftar pemilih tersebut, pelajar hendaklah merujuk Kepada Pejabat Fakulti atau Pusat Pengajian Siswazah