Sunday, 23 September 2012

Mari Mengenal Blog Sahabat Kita (Official Pokwa)




Link Blogspot : Official Pokwa


Official Pokwa Blogsite kini panas diperkatakan antara kalangan pelajar IPT. Gaya penyampaian yang bebas menjadi rebutan ramai pembaca blogger dan ahli pemikir kelas 1.Blog ini ditubuhkan pada Februari 2009 dan diperbaharui fungsi laman blog pada tahun 2011. Blog ini telah dijanakuasakan oleh dua orang penulis azuwa dan anak melayu yang berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan psikologi. Mereka berdua menulis berdasarkan persekitaran dan logikal manusia. Penceritaannya amat menarik minat bagi sesiapa yang membacanya, bak pepatah kata lain ( belum kenal belum tahu bisanya ). 


Pengisiannya penuh dengan tips-tips kehidupan, isu keagamaan, bahasa inggeris, jurusan perkomputeran, undang-undang, dan banyak lagi penceritaan berunsurkan pedoman dan pembelajaran. Penulis cuba menyampaikan mesej kepada masarakat melayu di luar sana sedar dari angan-angan kosong supaya tidak terjebak dengan fikiran jumud ataupun adat melayu itu sendiri. Saya sebagai penulis blog ini amat menggalakkan pelajar IPT membaca blog beliau kerana ia amat menarik dan selari dengan pemikiran pemuda-pemudi sekarang.


Penulis juga memasukkan isu-isu baru di Malaysia dan menyelesaikan permasalahan dengan pemikiran kritis. Saya amat yakin bahawasanya beliau sudah mendalami permasalahan tersebut sebelum menulis di lamannya kerana pelbagai tohmahan dan kritik akan datang jikalau beliau tidak memahami perkara sebenar yang berlaku. Beliau sudah bersedia dengan kekuatan mental unttk menghadapi segala hujahan dari anonymous di luar sana.



Saya minta maaf tidak dapat mengolah blog Official Pokwa secara terperinci kerana pelbagai penceritaan yang amat menarik sehinggakan penulisan saya jauh ke sudut. Kesimpulannya, penyampaian beliau bertepatan dengan fikiran remaja sekarang diselit dengan unsur keagamaan yang tidak lepa dari quran dan sunnah.


Saya mengharapkan penulisan beliau tidak akan terhenti di pertengahan jalan kerana masih banyak lagi isu yang perlu dikupas dan ditilik dengan sebaik-baiknya. Usaha beliau untuk membuka ruang baru untuk masyarakat melayu mesti diteruskan. Minda akan berevolusi jikalau bertunjangkan fikiran resolusi. 
Wallahu a'lam

Di edit oleh amar cz ( Jikalau ada kesalahan, saya memohon maaf dari si empunya blogsite )

No comments:

Post a Comment