Thursday, 13 September 2012

Kursus Khas Intensif Bahasa Inggeris Bagi Pelajar Yang Tidak Layak Dianugerahkan Ijazah (TDI)



PERHATIAN!!! ASSALAMUALAIKUM PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT STATUS TIDAK LAYAK DIANUGERAHKAN IJAZAH (TDI) SYARAT PENGIJAZAHAN MUET BAND 3 SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2011/2012 KURSUS KHAS INTENSIF BAHASA INGGERIS DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI BERCADANG UNTUK MENGADAKAN KURSUS KHAS INTENSIF BAHASA INGGERIS SEBAGAI PERSEDIAAN KEPADA 417 ORANG PELAJAR YANG BERSTATUS TIDAK LAYAK DIANUGERAHKAN IJAZAH (TDI) UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN MUET AKHIR TAHUN PADA BULAN NOVEMBER 2012 KERANA TIDAK MEMENUHI SYARAT PENGIJAZAHAN MUET BAND 3. INI ADALAH SEBAGAI PERSEDIAAN BAGI MEMBANTU PARA PELAJAR BAGI MENDUDUKI PEPERIKSAAN MUET PADA BULAN NOVEMBER 2012. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAUDARA/I DIMOHON UNTUK MEMBERI PENGESAHAN KEHADIRAN KE KURSUS TERSEBUT DENGAN KADAR YANG SEGERA MELALUI EMEL akad.ijazah@usim.edu.my SEBELUM 23 SEPTEMBER 2012. SEBARANG KEMUSYKILAN BOLEH MERUJUK TERUS KE BAHAGIAN PENGAJIAN PRASISWAZAH DI SAMBUNGAN 06-798 8326/8335. SEKIAN, HARAP MAKLUM. WASSALAM “BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA” Dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan dan Pengijazahan Bahagian Pengajian Prasiswazah Universiti Sains Islam Malaysia 

Monday, 3 September 2012

Seminar Sains Islam Peringkat Kebangsaan 2012



Tarikh      
     29 September 2012 (Sabtu)

Tempat    
     Dewan Kuliah Utama, FPQS

Anjuran    
     Fakulti Sains dan Teknologi


Tuesday, 28 August 2012

Rayuan Bagi Pelajar Gagal Dan Diberhentikan (GDB)



Rayuan meneruskan semula pengajian adalah pada 16 September 2012

  1. Semakan semula penilaian kursus - RM50 per kursus
  2. Rayuan meneruskan semula pengajian - RM50
Info lanjut di dalam ewadi
Klik Link Di Bawah Untuk Mengetahui Lebih Lanjut

Pendaftaran Pelajar Senior



Pendaftaran Pelajar Senior akan diadakan pada 8 dan 9 September 2012 pukul 8:30 pagi hinga 5:00 petang

Selamat Kembali Ke Universiti

Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor



  • Tawaran Bermula 1 Ogos 2012 Sehingga 31 Ogos 2012
  • Tawaran ini diklasifikasikan untuk anak Selangor sahaja

Klik link di bawah


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi bahagian hal ehwal pelajar Siti Khadijah Mohamad 
06-7986151/6160

Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari AidilFitri Pada Tahun 2012



Dari Aisyah r.a katanya:Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas melihatnya.

Sumber: JAKIM

SMFF mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada semua warga universiti sains islam malaysia 

Thursday, 16 August 2012

Mari Mengenal Blog Sahabat Kita (namakueis)



Link Blogspot : namakueis


Tanggal 25 Disember 1991 lahirlah seorang bayi comel yang diberi nama Hisan bin Abdul Halim. Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik. Beliau membesar di dalam sebuah keluarga yang bahagia tanpa aral yang cuba melintang. Abangnya telah berjaya mengharungi lautan kehidupan kini sudah di alam perkahwinan. Hisan juga berusaha kecapi kejayaan seperti abangnya untuk berada di institusi pengajian tinggi. Hisan meneruskan lagi usaha untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah beliau dengan mencipta suatu blog yang diberi nama “namakueis”. 


Penulisan beliau tentang biodata



Tujuan blog ini dicipta adalah secara rawak adalah kemungkinan untuk menghilangkan perasaan stress dan bosan oleh fitrah pembaca. kebanyakan penulisannya mengisahkan tentang kehidupan seharian diselit kematangan yang cuba diapikan-apikan. Tips-tips sampingan juga disertakan supaya tidaklah menjadi formal di dalam gaya penulisan beliau. Akan tetapi dengan berbekalkan semangat yang cekal, beliau cuba pandang ke hadapan lantas mengembleng tenaga untuk menyampaikan dakwah dengan gaya bebas kebelakangan ini.


Beliau meletakkan skop fitrah kemanusian di dalam dakwahannya, mengaitkan di antara fitrah manusia dan pengabdian kepada ilahi dan kemudian menjurus kepada muhasabah diri. Semoga beliau cekal meneruskan penulisan di samping berdiri di arena likuan ini dan diberkati oleh Allah swt.


Di edit oleh amar cz (Jikalau ada kesalahan, saya memohon maaf zahir dan batin) Selamat Hari Raya