Tuesday, 14 August 2012

INFO: Permohonan Fasilitator Sambilan LSP 1 ( Sebelum atau pada : 24 Ogos 2012 (Jumaat) )



Untuk makluman, program ini akan berlangsung pada 6 & 7 September 2012 (ALSP1) dan 8 & 9 September 2012 (ELSP1).


Fasilitator Language Support Programme (LSP1)

Pusat Pengajian Teras mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

FASILITATOR (B. ARAB DAN B. INGGERIS) BAGI PROGRAM LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME (ALSP1 DAN ELSP1) SESI AKADEMIK 2012/2013

A. SYARAT-SYARAT LANTIKAN 
  1. Warganegara Malaysia/ Pemastautin Malaysia (PR); atau
  2. Bagi calon luar negara (pelajar pasca siswazah Universiti Sains Islam Malaysia, USIM) perlu mendapatkan sokongan kuat daripada Dekan dan Penyelia; dan
  3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan; dan
  4. Memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang-bidang berkaitan Bahasa Malaysia/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris/ Pengajian Islam atau lain-lain bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  5. Bagi calon rakyat Malaysia perlu mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  6. Berpengalaman mengajar subjek-subjek dalam bidang-bidang berkatain Bahasa Malaysia/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris/ Pengajian Halaqah adalah satu kelebihan.

B. CARA-CARA MEMOHON 
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun di sini.
  2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini, dan juga SALINAN PHOTOSTAT Kad Pengenalan, Sijil SPM, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional).
  3. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. [Sekirannya permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya].
  4. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Penyelaras Unit Bahasa Arab / Penyelaras Unit Bahasa Inggeris
Pusat Pengajian Teras
Aras 1, Bangunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p : Pengambilan Fasilitator LSP)

Monday, 13 August 2012

Mari Mengenal Blog Sahabat Kita (Penyebar Fikrah)


                                             
                            Link Blogspot : Penyebar Fikrah


Spiritual Falsafah menjadi warna pilihan blog Penyebar Fikrah ini. Blogspot ini ditubuhkan pada bulan Mei 2011 yang lalu. Penyampaiannya adalah berbentuk formaliti dan fikrah pelajar muda untuk masa kini. Tuan empunya Penyebar Fikrah ini dikenal dengan gelaran Sayap Pejuang adalah kemungkinan menandakan Semangat Perjuangan beliau kukuh di atas landasan dan selaras dengan penyampaiannya.


Pengisiannya berunsurkan nasihat dan teguran kepada orang ramai di luar sana. Beliau cuba mendidik hati manusia yang alpa kini mengenal ilahi (Allah). Tanpa berasa jemu beliau meneruskan perjuangan dengan mengaitkan dua perkara yang tidak dapat diasingkan dari hidup iaitu kehidupan dan agama. Penceritaan Penyebar Fikrah mengaitkan dengan kehidupan Sayap Pejuang dan mengolah cerita dengan didikan agama. Kata-kata Imam Muda Hilal Asyraf menjadi tunggak Penyebar Fikrah merangkumi setiap olahan beliau di dakwahnya ini " Bila kata cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya, apa-apa sahaja yang membawa ke neraka, itu bukan namanya cinta. ".


Diharap Perjuangan Beliau Dapat Diteruskan Tanpa Rasa Penat Dan Lelah. Semoga Allah Merahmati Segala Usaha Beliau Untuk Menyampaikan Dakwah Ini. Wallahu a'lam

Di edit oleh amar cz (Jikalau ada kesalahan, saya memohon maaf zahir dan batin) Selamat Hari Raya

Baju Korporat SMFF




Assalamualaikum? kepada pelajar laki SMFF 2010/2011. semester akan dtg (semester 5), diwajibkan untuk membeli baju koprat berharga RM68.. jika kuantiti lebih dr 30 orang, insyaallah harga boleh di kurangkan.. Boleh bg nma secepat mungkin utk urusan tempahan, bg nama, metrik, saiz baju, nom telefon.. Duit akan dikutip pd semestar baru nanti..
p/s : utk pelajar perempuan tidak diwajibkan sbb dh ada baju batik, tp jika teringan nk beli, bleh bg mklumat diri seperti yg dinyatakan diatas.. jenis cutting utk perempuan adalah muslimah koprat. :-)
-------- selamat menyambut ramadan dan hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin-----

Dari
Ahmad Nur Adib

Selamat Menyambut Lembaran AidilFitri Dan Kemerdekaan



Sarjana Muda Fiqh Fatwa Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Dan Hari Kemerdekaan

Thursday, 5 July 2012

Video Korporat USIM (Universiti Sains Islam Malaysia)


Pelbagai Video Korporat USIM telah dirakam dan dicipta dengan jayanya. Dengan sukacitanya video itu telah dimasukkan di dalam Laman Youtube bagi tatapan khalayak ramai. Dengan ini tidak semena-mena dapat memartabatkan USIM sebagai Universiti Sains Islam Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2012, USIM telah merekam dengan bangganya dapat mengeluarkan satu lagi video korporat versi Islamik. Selamat Menonton ...

Travelling to Singapore


              click at the picture if you want to enlarge that photo 





































Monday, 11 June 2012

Trip Masam Manis Ke Singapore




Edited by Amzar Zahier

Thank for all participant that joining this travel. any sweet sour experiences in this travel will be our nice memory. we hope that all of you happy and cheerful with our program soon.

if you want to watch this video in youtube, click the link at below