Pages
Home
Info Permohonan SMFF
Mari Mengenal Blog Sahabat Kita
Events
Permohonan Pinjaman
Penulis
Saturday, 19 January 2013
Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Jemputan Nusantara 2013
Bermula; 6 APRIL, 2013, SABTU - 8.00
Akhir: 10 APRIL, 2013, RABU
Ihtifal IPT Asean 2013
Masa: Thursday, 31 January, 2013 - 8.00AM
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Permohonan Menjalani Latihan Industri atau Latihan Sabatikal di USIM
PERMOHONAN MENJALANI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DI USIM
Perhatian kepada pelajar Institut / IPT selain USIM yang berminat untuk menjalani latihan industri di USIM. Anda diminta untuk muat turun borang dan faks semula ke Bahagian Modal Insan di +606-798 3843 untuk tindakan kami selanjutnya. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi kami di talian +606-798 8018.
Muat turun borang :
Klik di sini
PERHATIAN:
Setiap permohonan perlulah menggunakan
borang
yang terdapat pada laman web ini beserta resume terkini pemohon dan surat Permohonan Menjalani Latihan Industri dari Kolej/Universiti.
APPLICATION TO UNDERGO AN INDUSTRIAL TRAINING PROGRAM IN USIM
Attention to Institutes / IPT students other than USIM who are interested to undergo an industrial training in USIM. You are requested to download the form and fax the completed form to the
Human Resource Division at +606-798 3843
for our further action. If you have any enquiry about this program, please do not hesitate to contact us at +606-798 8018
.
To download the form :
please click here
PERMOHONAN MENJALANI PROGRAM SABATIKAL DI USIM
Perhatian kepada individu yang berminat untuk menjalani Program Sabatikal di USIM. Anda diminta untuk muat turun borang dan faks semula ke Bahagian Modal Insan di +606-798 3843 untuk tindakan kami selanjutnya. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi kami di talian +606-798 8018.
Muat turun borang :
Klik di sini
APPLICATION TO UNDERGO A SABBATICAL LEAVE PROGRAM IN USIM
Attention to individuals who wish to undergo a Sabbatical Leave Program in USIM. You are requested to download the form and fax the completed form to the
Human Resource Division at +606-798 3843
for our further action. If you have any enquiry about this program, please do not hesitate to contact us at
+606-798 8018
.
To download the form :
please click here
PERINGATAN : PEMBAYARAN HUTANG TERTUNGGAK YURAN PENGAJIAN
Tuan/Puan,
Sila jelaskan hutang anda sebelum pendaftaran kursus akan datang. Kegagalan berbuat demikian akan menghalang pendaftaran anda ke semester berikut.
Jumlah baki hutang boleh disemak melalui Portal eWadi . Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 06-7988036/8247/8213/8004 (waktu pejabat sahaja).
Sekian, Wassalam.
“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”
Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia
Profesor Dr. Asma Ismail NaIb Canselor USIM
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pelantikan Profesor Dr. Asma Ismail sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru.
Pelantikan Asma, 54, menggantikan Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 November 2012.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.
"Pemilihan Asma berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM) disamping kepakaran beliau dalam bidang sains dan inovasi," katanya.
Asma yang dilahirkan pada 15 Jun 1958 dan berasal dari Jitra, Kedah merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut di USM.
Sebagai seorang saintis, beliau telah diberi pengiktirafan sebagai Fellow oleh Academy of Sciences For The Developing World pada 2010.
Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Muhamad yang menerajui USIM sejak Disember 2009.
Sumber: Utusan Malaysia
Yayasan Tun Ismail Terokai Kewangan Islam Bersama USIM
NILAI – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Yayasan Tun Ismail (YTI) yang ditubuhkan pada Oktober 1999 melihat USIM sebagai satu salah rakan strategik institusi pengajian tinggi yang berpotensi untuk bersama-sama menerokai bidang kewangan Islam secara lebih meluas. Kerjasama awal kedua-dua pihak telah dijalinkan melalui perjanjian MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak bagi penubuhan Kursi Profesional di Universiti ini sebelum ini.
Perkembangan terkini kepada kerjasama yang telah terjalin ini adalah melalui Majlis Penyerahan Cek oleh Yayasan Tun Ismail yang diwakili oleh Encik Aziz Anuar, Naib Presiden I, Bahagian Pembangunan Pendidikan & Komunikasi Korporat PNB kepada YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam satu majlis ringkas di Canselori baru-baru ini.
Cek berjumlah RM 150,000.00 merupakan sebahagian daripada keseluruhan dana RM 300, 000.00 yang diterima USIM bagi Kursi Profesional yang diwujudkan. Dana ini akan memfokuskan kepada penganjuran beberapa siri syarahan umum yang akan disampaikan oleh tokoh akademik yang menyentuh topik dan isu-isu Kewangan Islam diperingkat tempatan dan global.
Naib Canselor menekankan “USIM sebagai intitusi pendidikan yang membawa pendekatan Islam dalam setiap program pengajianya termasuk Sains melihat bidang Kewangan Islam adalah antara bidang tujahan penting yang akan dipelopori USIM. Kerjasama dan kepercayaan yang ditawarkan oleh Yayasan Tun Ismail dan PNB secara tidak langsung akan memperkenalkan USIM secara lebih meluas kepada pemain industri Kewangan Islam.”
Sehubungan itu, peluang ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin bagi memastikan para pelajar, pensyarah, Universiti dan masyarakat turut mendapat faedahnya. Ia juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada transformasi Kewangan Islam dengan menjadikan pasaran Malaysia sebagai titik mulanya.
Bagi pihak Yayasan Tun Ismail sendiri, melihat kerjasama yang dijalinkan ini juga akan membuka kepada kerjasama-kerjasama lain yang akan dilaksanakan bersama USIM pada masa akan datang.
Universiti secara dasarnya tiada halangan untuk mewujudkan peluang melanjutkan pengajian kepada pelajar Kolej Ilmu PNB untuk ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang-bidang tertentu seperti Perakaunan, Perniagaan dan Undang-undang di USIM.
Naib Canselor melahirkan hasrat USIM bersedia menganjurkan kem khusus selama 3 bulan kepada para pelajar Kolej Ilmu PNB selepas mereka menduduki SPM bagi memberi pendedahan awal kepada dunia kehidupan kampus dan pengajian tinggi. “Selain itu, para pelajar yang layak dan menepati syarat kemasukan pula akan ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat Matrikulasi di Pusat Tamhidi USIM dalam aliran yang mereka minati ” tambahnya lagi.
Sunday, 30 December 2012
Selamat Menjawab Peperiksaan Semester 5
JADUAL PEPERIKSAAN
Klik Sini
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)